Monday, May 20, 2013

Ceritera Final Exam



Setiap yang kita pelajari mudah 'hilang' andai tidak diuji.. Jika tidak menempuhi cabaran, hilanglah manisnya kejayaan.. Susah, andai tiada persiapan.. Mudah, andai jatuh bangun menuntut ilmu ditempuhi dengan sabar..


Final exam tinggal beberapa hari lagi, mood untuk study masih belum ditemui, tipu andai tak dicari, mungkin masih 'bersembunyi'..


Melihat pada carry marks mungkin boleh buat den 'down' tapi den sedang mengubahnya menjadi pendorong semangat untuk lebih gigih..

Cakap sahaja tanpa mengambil tindakan tak guna kan?

insyaAllah, den tak cakap kosong..

Belajar/mengulang kaji untuk saat-saat akhir tidak dapat dipaksa, susah nak masuk.. Erk, tengah taip entry nie mood nak study dah meningkat, syukur alhamdulillah..



Time nak exam nie la rasa nak 'meroyan' je.. Adoi, perasaan cinta pada bakal imam yang masih belum diketahui identitinya, mohon jangan mengganggu focus den..

Bukan tak jumpa, jumpa tapi seperti tak jumpa. Tak faham? Ayat den memang 'berat' sket..

Masing-masing sibuk, masing-masing ada misi tersendiri, tapi masing-masing tak tahu; mungkin buat-buat tak tahu atau seorang terlebih tahu seorang tak faham..

Den nampak, faham.. Biarlah.. Bukan lagi.. =')

Naluri yang normal pabila mengharapkan terbaik untuk semua yang kita sayang, ye, normal..

Erk, Fitri, Fitri.. Mohon sedar cik Fitri.. Haih, orang nak focus exam, dia meroyan sorang-sorang..

Jika mengharapkan yang baik, perlu mengubah diri menjadi lebih baik terlebih dahulu..

Fitrah perlu diurus dengan baik, bukan tunduk tak naik-naik..

Kesimpulannya, Utamakan yang lebih penting, ketepikan persoalan yang tiada tarikh luput.. Sebelum me'lurus'kan orang lain, lentur dahulu peribadi sendiri..Selamat menempuhi final exam wahai rakan-rakan seperjuanganku.. =)

Wassalam..

No comments: