Monday, May 27, 2013

Ceritera Exam & Coklat


Nie tak tahu nak cakap debaran exam belum tiba ke atau tak sedar-sedar nak juga update blog time minggu exam nie.. Haih.. Nak release tension katanya.. *grrrr.. kadar tension tue tak turun-turun juga*


Meh kembali kepada topic asal.. Exam dan coklat? Tahukah anda coklat mampu menguatkan daya ingatan? Yup.. Den nak kaitkan dengan fakta sains tapi masa mencemburui den, takde masa nak google satu per satu, hukhukhuk..

Al-kisahnya 3 hari lepas mengidam sangat nak makan coklat, so terbelilah 3 jenis coklat, dari yang berharga rm0.40 sehinggalah rm1.60 (hehe.. ambik coklat murah-murah je, rasa 'lemak' pun kurang)..

Al-kisahnya lagi, coklat-coklat tue habis dalam masa 1 1/2 hari.. Tue pun berhenti sebab gigi gusi mula bagi signal; "kalau makan lagi, saya nak mengamuk".. Hahaha..

Nie la jadinya kalau belajar ikut mood.. kalau rasa nak belajar ethics, buka notes ethics, nak belajar psychology, buka notes psychology, hasilnya maklumat semua bercampur-aduk, huhuhu..

Ye la, xnak buat macam tue lagi.. ='(


Den jadikan gambar nie sebagai penutup untuk entry yang tak berjaya menawan hati kalian.. Comel kan? Haih, nie yang buat den rasa tak sabar nak balik nie, jumpa mia yang dah besar dan khabarnya semakin bijak berkata-kata dalam bahasanya tersendiri, hehe..

Akhir kata, marilah kita study.. buku dah melambai-lambai dah tue..

Wassalam.. =)

No comments: