Tuesday, June 4, 2013

Teaser 'Ceritera Peminjam Hati'


Dari jauh kuterlihat kelibat seseorang,
Entah mengapa dirinya 'muncul' di tengah-tengah ribuan insan yang ada,
Kubiarkan ia menjadi teka-teki yang tak berkesudahan,
Kulupakan seketika demi mengejar impian ayah bonda,
Kusisip rasa yang tak selayaknya kuserahkan bukan pada yang punya,
Andai sudah tertulis,
Pasti akan bertemu jua..

 

Sedang leka melihat diri di awang-awangan,
Sepasang mata melenyapkan igauan,
Tunduk malu tanda diri tersedar,
Kaki segera digerakkan,
Seorang ke hulu,
Seorang ke hilir..




Hari demi hari berlalu,
Terpatri sebuah hari di mana dua insan seringkali bertemu,
Bertemu tanpa mengungkapkan sepatah kata,
Sekadar melihat dari kejauhan,
Antara sengaja atau tidak,
Hanya mereka yang tahu..


Ceritera tidak berakhir disitu,
Dalam mengejar insan yang tak bernama,
Muncul seseorang yang entah dari mana,
Menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang teman biasa,
Bila dah biasa mula tertukar menjadi di luar daripada kebiasaan,
Hati mula mencipta konfliknya yang tersendiri..
 Hati silap mentafsir gerak-geri,
Mulanya terasa sakit tak terperi,
Tetapi teringat ini bukan 'cinta' yang dicari,
Maka niat dilupakan sekali lagi..

Tipu,
Jika kau rasa dirimu terlalu kuat,
Di saat dugaan hati melanda bertubi-tubi,
Ada kalanya kau leka dan hanya tersedar pabila kau tersilap langkah,
Sungguh,
Bukan ini selayaknya cara kau melayan hati,
Jangan sampai hati menjadi buta,
Sehingga kau punya citarasa yang berbeza,
Dari yang sepatutnya yang kau pinta..


Kalau ditanya bila saatnya harus berubah,
Maka kau perlu kata pada diri,
Selagi kau persoalkan bila kau ingin berubah,
Tetapi masih berfikir panjang untuk menjawabnya,
Maka langkahmu akan menjadi semakin jauh..




Sungguh,
Bukan ini selayaknya kau perjuangkan,
Bukan ini sepatutnya kau kejar,
Biarlah kau terdiam terpaku,
Andai itu mampu menyelamatkanmu dari menjadi tak laku..

Silap,
Bukan soal laku atau tidak yang perlu kau beratkan,
tetapi pandanganNYA yang perlu kau jaga,
amanah dariNYA yang perlu kau laksanakan,
Benar masih jauh jejak langkahmu,
tetapi jangan sampai kau nafikan yang hak,
Kau angguk pada yang batil..


Kau nampak?
Kalau nampak jangan biarkan masa memancungmu,
Ubah kalau mahu yang didamba,
Jangan mengejar yang sempurna,
Kerana manusia tidak mampu merealisasikannya,
Kita sentiasa lemah tak berdaya,
Tanpa bantuan dari DIA Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya..
-FitriFie@NFD-

-------------------------------------------------------------

ehem-ehem.. Den tak tahu kuat mana kecekalan den siapkan 'ceritera' nie, tetapi insyaAllah akan diusahakan tanpa meletakkan tempoh masa tertentu.. Citernya kalau menulis berpandukan rasa yang sekejap ada sekejap tiada nie, boleh jadi citer yang panjang lebar hilang dalam sekelip mata..

**Den pernah buat 'novel', dah panjang berjela, tetapi disebabkan konflik hati yang melanda saat tue, watak dalam citer tue pula wujud di dunia nyata, maka, jangan hairanlah jika keesokan paginya dah lenyap..**

Citer nie garapan imaginasi den, mohon jangan kaitkan dengan dunia realiti.. Erk, tak nampak macam teaser kan? Hehe.. Tue teaser versi cik Fitri..

Seandainya citer nie mampu memberikan manfaat yang baik, insyaAllah suatu hari nanti terhasil hardcopy yang tak tahu ada yang nak baca ke tak, tsk tsk tsk... ='(

Apa-apapun, doakan den, ada 2 paper je lagi nie, pastu insyaAllah den akan jumpa family yang den dah tinggalkan berbulan-bulan lamanya tue.. *rindu*

Meh study.. =)

Wassalam..

No comments: