Tuesday, June 4, 2013

Cukup Sampai Di Sini


Erk, title entry nie macam ada sesutu yang serius sangat je.. Haih, takde yang serius, idea yilek, sebab tue title tak serupa title.. *dah mula merapu dah tue*

Errr.. Sebenarnya den dah dapat feedback tentang teaser tue.. Den dah kata, teaser tue versi cik Fitri, no wonder la ada yang tak faham..

Mungkin ayat 'berat' sangat kot.. Tang mana yang berat den pun tak pasti, tetapi yang pasti tue bukan cerita hidup den.. Yo la, citer hidup den biar den seorang je yang tahu, tetapi jika ada yang mampu dijadikan pengajaran, mungkin den akan garapkan mengikut cerita hidup watak dalam 'novel' tue..

Satu lagi, memandangkan den nie bukan siapa-siapa pun dalam dunia penulisan, maka den mengambil pendekatan untuk tidak mem'publish'kannya..

Impian den? Sebenarnya den nak hasilkan satu citer yang bila orang baca, dia tak akan rasa dan tertanya-tanya "Wujud ke cerita nie di alam nyata?".

Den pun tak nak pusing sangat 'kemanisan' bercinta sebelum bernikah walaupun watak tue dah bertunang.. Serius, ramai yang terpengaruh dan rasa nak nikah awal sebab nampak rakan yang sebaya dengan mereka dah nikah dan disebabkan bahan bacaan yang buat mereka nampak keindahan alam pernikahan tue..

Tak salah nak nikah muda, siapa kata salah?

Yang salah kalau langsung tak buat persiapan tapi excited sangat nak nikah.

Habis tue takkan kita nak biarkan budaya couple semakin berkembang?

Siapa kata 'menghalang' mereka menikah muda mendekatkan mereka dengan budaya couple? Silap tue.. Kita ada akal, kita perlu berfikir secara rasional..

Tidak bernikah muda tak semestinya bebas untuk bercouple..

Salah ke nak nikah muda? Salah ke?

Tak salah, tapi biarlah ia setakat menjadi impian disamping mempertingkatkan usaha kearah itu..

Menjadi impian?

Meletakkannya dibelakang kewajipanmu.. Jangan jadikan ia sebagai perkara utama tetapi perkara yang lebih penting kau ketepikan..



Apa yang patut saya buat?

Hatimu sudah ada 'yang punya'? Maksud saya, awak dah sayang kepada seseorang? Seseorang tue pun sayang kat awak? Urm.. Kalau boleh, jangan cemarkan alam sebelum pernikahan dengan 'keindahan-keindahan' yang palsu.. Kalau awak mempersoalkan ke'relevan'an bernikah tanpa perlu berkenalan secara berlebih-lebihan, percayalah, awak hanya akan kenal dia selepas awak bernikah dengan dia..

Sebelum bernikah segala yang awak nampak pastinya ada diselaputi paling tidak pun sedikit plastik.. Plastik yang membungkusi kelemahannya.. Menyembunyikan kelemahan dan menyerlahkan kelebihan untuk buat awak tertarik padanya..

Takkan tak nak kenal langsung? Dibuatnya dapat yang kaki pukul, kaki kikis, macam mana?

Awak.. Jangan pandang sesuatu persoalan dari satu sudut je.. Semestinya ke awak kenal dia awak akan tahu semua perangai dia selepas nikah? Tidak awak.. Awak dekatilah keluarganya, rakan-rakannya.. Tak pun hantar adik ke abang ke ayah ke (kalau awak perempuan) untuk 'merisik' dia..

Urm.. Baiklah, cukup sampai di sini ceramah pendek saya tentang persoalan hati tue,, Maaf sebab penggunaan kata ganti nama yang tak 'stabil' (sekejap den, sekejap saya)..

Saya? Ada apa dengan saya?

Oh ya, saya belum ada yang punya.. Eh, macam promote diri sendiri pula.. Haih, listen listen listen.. (Walaupun tak dengar)

Saya lebih selesa mengambil pendekatan menunggu saatnya tiba.. Bila, siapa, dan di mana atau dari mana saya serahkan padaNYA..

Saya tidaklah 'menunggu' sahaja, saya berusaha memperbaiki diri saya.. Tipu kalau hati tak cenderung kepada sesiapa, tetapi bila fikir balik, mana layak diri ini untuknya, maka tercantaslah imaginasi yang bersifat percuma tetapi mampu melalaikan tue..

Akhir kata dari saya, memandangkan sekarang nie musim exam (ada yang dah habis, ada yang tengah exam, dan ada yang baru nak melangkah ke minggu exam, sama-samalah kita berdoa keputusan exam kita diredhaiNYA.. Jangan belajar untuk mengejar pointer, tetapi belajarlah untuk mendapat manfaat dari ilmu tersebut.. Jangan serabut wahai teman, jangan malu untuk dekat padaNYA..

Selamat study.. =)


Wassalam..

No comments: