Wednesday, June 26, 2013

Sunyi Sepi Seketika



Hari nie merupakan hari kedua sesi semester pendek den bermula.. Ye, hari kedua kerana Isnin lalu kadar ipu tidak mengizinkan kami untuk berlari-lari anak mengejar lecturer untuk menagih simpati *tue kes den je kot*

Short sem nie den dapat register kelas bahasa arab je.. Takpe, nanti takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

Setelah menganalis secara lebih mendalam banyak hikmah tersembunyi..

Antaranya~~

Pertama, den rasa salah seorang lecturer yang den nak dapatkan sign di atas sekeping kertas tue amat petah berkata-kata, bukan dalam Bahasa Melayu, tetapi Bahasa Inggeris.. Kelemahan terserlah di situ.. Fine, memang kena perbaiki speaking skill den nie, hukhukhuk..

Kedua, den dapat jumpa seorang lecturer mualaf yang bagi den sangat baik dan dengan kebaikannya tue den pasti akan focus dalam kelas, tapi takde rezeki pabila lecturer tersebut telah diberikan arahan untuk menerima 3rd year student sahaja.. Takpe, mungkin sem depan den boleh ambik kelas dengan lecturer tue, doa-doakan ye..

Ketiga, jika anda benar-benar menginginkannya, tolong lebihkan usaha anda, mungkin sedikit pengorbanan perlu dilakukan.. Sesungguhnya lewat seminit adalah petunjuk dariNYA bahawasanya adalah lebih baik menumpukan perhatian untuk 1 subjek berbanding 2-3 subjek yang memungkinkan diri menjadi penat lalu mengeluh dengan pilihan diri dan menyalahkan diri sendiri apabila tidak mampu memperolehi keputusan yang terbaik..

Ok, nak out of topic jap..

Grrr, den memang selalu macam nie pun..

Al-kisahnya,
den tak tahu nak mula dari mana,
mungkin sampai sini sahaja,
penantian tinggal tanda tanya,
berlalu tanda bukan masanya.


*nak cari video yang ada lirik je tak semudah seperti yang disangka*


Semoga malam ini bulan tidak lagi berwarna oren, amin..

Wassalam..

No comments: