Saturday, June 29, 2013

Orientasi = Bully ?


Malam nie ramai yang duduk depan tv, tengok Final Piala FA.. Den? Duduk depan laptop, nak tengok live streaming, malas pula, so buka youtube, tengok video baby comel.. Pastu tetiba ternampak 1 video kat tepi, video mahasiswa di sebuah universiti dibuli oleh para senior ketika orientasi..

Huh.. Menyirap darah den tengok para 'senior' tue ringan tangan tampar muka budak-budak tue..

Memang tak menggambarkan sikap senior..


Ye, den pun pena berada kat tempat korang, walaupun setakat menyelia pelajar pra-u, tapi den tahu keadaan korang..

Mungkin korang berada di luar kawalan sebab stress 'kerja', tak cukup tido, dan macam-macam lagi, tapi tue tak cukup untuk menghalalkan korang bertindak sedemikian..

Tue fungsinya manusia diberikan akal, kena berfikir baik-baik sebelum bertindak..




Perbezaan umur tak bermakna rasa hormat kita pada yang lebih muda berkurangan..

Nak handle program bukan senang, lagi-lagi nak mengatur tentatif program.. Setahu den setiap aktiviti akan dikawal ketat oleh pihak atasan, aktiviti 'ragging' dilarang sama sekali.

Kalau masih berlaku, tue ertinya ada yang dah mula ikut kepala masing-masing..

Haih, be matured la..

Ye, dalam aktiviti berpersatuan den boleh kategorikan diri den sebagai seorang yang sangat tegas, tapi den tak pernah naik tangan, apatah lagi keluarkan kata-kata tak sepatutnya.. Kalau nak marah pun den siap tapis awal-awal perkataan yang bakal keluar dari mulut den..

Kalau nak citer pasal orientasi, den pernah masuk longkang yang den tak boleh gambarkan bagaimana keadaan longkang tue, bersyukur sebab den antara group yang terakhir melalui longkang tue, so kotoran mungkin sedikit berbanding sebelumnya.

Pabila ditanya rasionalnya aktiviti sedemikian, ada yang berkata "disaat cemas *contohnya ketika diburu penjenayah*, kamu perlu melupakan perasaan geli untuk menyelamatkan diri".. owh, ok..

tetapi, apa pula rasionalnya tonyoh-tonyoh dan menampar muka junior?

Takkan la nak kata kat adik-adik tue "Atok nenek kamu dulu lebih teruk didera oleh tentera Jepun, takkan setakat libasan jari tak bermata nie pun korang tak tahan"?


Entry nie mungkin diselaputi perasaan marah den, tapi nak buka mata orang nie tak semestinya kena guna ayat yang berbunga-bunga, straight to the point lebih membantu; senang nak faham, senang nak terasa, senang nak ketuk hati dan akal kita untuk berfikir secara rasional..

Ingat, sebagaimana bulatnya bumi nie, begitulah juga dengan pengalaman.. Tak mustahil sekiranya mangsa 'keganasan' kita tadi akan buat hal yang sama kat adik atau keluarga kita..

Mengapa?

Mereka punya persepsi "kalau senior aku boleh buat kat aku dulu, kenapa aku tak boleh buat kat junior aku?".

So, pilih haluanmu dengan sebaiknya..

***Bersyukur kerana Taaruf Week kat uia langsung takde aktiviti yang mampu mengotorkan baju, semua aktiviti tersusun dan yang penting punya nilai Islamik dan tak meleret-leret, terus kepada matlamat***

wassalam..

No comments: