Wednesday, July 10, 2013

1 Hari 1 Post: 1st Ramadhan..


Sejujurnya perasaan puasa kali nie lain macam sket, erk, lain macam banyak kot.. Dah la jauh dari family, pastu boleh pula nak bersahur pun takde idea, huhu..

Syukur alhamdulillah, dapat juga bersahur sorang-sorang tadi, tsk3..

Kat kelas tadi sorang kawan den dari China siap berkongsi cerita dia n zauj masak sama-sama.. Bila tahu kami makan roti je, terus dia kata "Awak mesti makan banyak, kalau tak nanti tengah hari dah lapar".

Hehe.. Jangan risau awak, insyaAllah kami mampu bertahan..

Al-kisahnya lagi, sem lepas den rasa den takde classmates dari luar negara yang den boleh berborak dengan broken english den tue, hukhukhuk..

Erk, entry nie dah kelaut.. Den takde idea juadah berbuka hari nie, pastu buka kat group budak2 u nie n jumpa 1 iklan, free delivery sampai bawah mahallah, tapi brothers la yang urus..

Ingatkan dah cukup baik dah, tahu-tahunya sisters lagi terbaik, siap hantar depan bilik.. Errr, nampak tak kemalasannya di situ? Hehe..

Mungkin ada yang tertanya-tanya, "Kenapa tak masak sendiri?", "Awak tak reti masak ke?", "Kat tempat awak takde param?", baiklah, den jawab satu per satu..

Tak masak sendiri sebab peraturan kat u nie tak boleh melakukan aktiviti masak-memasak dalam bilik/pantry..

Soalan kedua sensitif sket, hukhukhuk.. Buat masa nie, den masih merasakan air tangan ibu den yang terbaik.. InsyaAllah dah nikah nanti air tangan ibu fitri nie pun sedap, hehe.. Masak tak sedap bukan bermakna tak reti masak langsung, kena bezakan tue, huhu..

Last question.. Hari nie ada je pasar malam, masalahnya 'dekat' sangat, huhu..

Kesimpulannya, den x dapat mesej dari budak-budak *entah-entah senior den* nie lagi, kalau takde sah hanya kurma dan roti sebagai alas perut, bersyukur la cik fitri, kat luar sana ada yang nak dapatkan seteguk air pun susah..

Den rasa takde isi yang berfaedah dalam entry nie, kalau budak-budak spm datang blog den pun kemungkinan boleh report kat cikgu bm dia ada seorang blogger yang dah lupa format penulisan dalam bahasa melayu..

InsyaAllah balik dari terawih nanti kalau ada info yang bermanfaat, den kongsikan kat blog yang sepi nie.. :)

Wassalam..

No comments: