Friday, July 12, 2013

2nd & 3rd Ramadhan


Niat nak update blog semalam tak kesampaian, so hari nie den cuba ringkaskan semua yang den nak kongsikan untuk dua hari (semalam dan hari nie)..


Kat entry sebelum nie den ada citer yang den try khidmat delivery, erk, bukan fast food yek, tapi makanan kat bawah nie..


*erk, pemilik gmbr, mohon izin pinjam gambar nie*


Tunggu punya tunggu, nak dekat azan baru dapat call dari mereka n makanan nie selamat sampai kat den betul-betul time azan berkumandang.. Mula-mula nak marah juga, tapi nasib baik makanan nie sedap, pastu dorg bagitahu yang supplier dorg ada masalah sket, sebab tue terlewat hantar..

Untuk juadah berbuka hari kedua, den try pula yang sisters punya.. Yang nie sebetulnya hantar sampai depan bilik but mungkin sebab ramai yang order, so time giliran den, kena turun bawah ambik kat keta.. Yang nie ada pakej combo, menu bertukar-tukar setiap hari.. Semalam menu yang ada nasi+rendang ayam.. Maybe sebab den pena makan yang lagi sedap *or sebenarnya rindu masakan mak*, so tak berapa teruja sangat.. InsyaAllah nak try menu hari lain pula..



Erk, sebenarnya hari nie 1st time untuk ramadhan kali nie makan nasi time sahur.. Sebabnya tak tahu pun cafe buka, huhu.. Sahur tadi den makan nasi kmk tue juga.. Errr, patut berterima kasih kat dorang.. Hampir-hampir terlajak tido tadi, semalam balik lewat dari terawih.. Dah set jam, tapi padah letak hp tepi bantal, tangan automatik matikan alarm dalam keadaan tak sedar..

Dalam 4.20 tiba-tiba ada panggilan masuk.. Pastu angkat dengan suara orang mamai, ingatkan my mom, rupa-rupanya orang yang nak hantar makanan tue.. Hohoho.. Lepas nie tak boleh harap dengan alarm hp je, alarm jam meja tue juga yang terbaik..

Hari nie nak jelajah cafe mahallah sendiri pula, dengarnya makcik yang jual nasi ayam kat aikol tue ada buka gerai..

Erk, banyak citer tentang juadah sahur dan berbuka pula kan? Bulan ramadhan bukan bulan dimana kita berlapar dan memenuhkan meja makan kita dengan pelbagai juadah sahaja, tapi rohani pun perlukan 'nutrien' yang mencukupi, kalau lebih lagi baik, insyaAllah tak memudharatkan kesihatan.. =)


Selain tue, jangan lupakan insan lain yang kurang berkemampuan.. Hulurkanlah semampu anda, senyuman mereka pastinya akan menimbulkan kegembiraan dan rasa syukur di hati anda. =)


Wassalam..

No comments: