Saturday, July 13, 2013

4th Ramadhan


Syukur alhamdulillah, kita masih diberikan kesempatan dan ruang untuk menambah amal kita pada hari ini.. Andai kata diri ini 'dijemput' pada bulan yang penuh keberkatan nie, indahnya.. =')

Malam-malam sebelum nie, selepas solat isyak, tazkirah pendek akan diberi sementara menanti yang lain datang untuk menunaikan solat terawih, tetapi semalam ada yang lebih utama..

Pengunguman dibuat, solat jenazah akan dilakukan untuk seorang brother, if im not mistaken, little brother, foreigner..

Terkedu..

Sayu hati melihat beberapa orang mengusung keranda memasuki masjid SHAS..

Ajal, maut, ditanganNYA; semua ketentuanNYA..

Peringatan untuk kita yang sering menangguh-nanguhkan suatu pekerjaan atas alasan petang, malam, atau hari esok ada lagi..

Betapa bertuahnya diri andai 'dijemput' dalam keadaan suci dari noda-noda dosa.. Persoalannya, yakinkah kita bahawa amal kita pada saat ini mampu menempatkan kita di syurgaNYA? Yakinkah?

Terlalu banyak kesempatan untuk mendapatkan ganjaran pahala yang telah diberikan olehNYA, antara mahu atau tidak sahaja untuk merebutnya..


 *ingin menjadi tetamu rumahNYA sebelum ajal menjemput*

Wassalam..

2 comments:

Sharinginfoz said...

sama-sama le kita ingat-mengingati

fie92 said...

insyaAllah, semoga niat kita diredhaiNYA.. :)