Wednesday, October 16, 2013

Titik Keserasian


Sayu melodi derap kasut,
Melangkah lautan selut,
Memerhati garis parut,
Esakan terdengar kian sarut,
Semangatnya kelihatan kecut,
Inilah alkisah si budak kalut.

Diam padanya sangat bermakna,
Bukan pemalu bukan dilema,
Andai kata tersilap cara,
Mempersiapkan diri mengharungi bahana,
Kerana itu dia sangat cakna,
Memujuk diri mencelikkan mata,
Untuk memerhatikan segalanya..


Bukan semua mengerti,
Diamnya disalah erti,
'Buat hal sendiri',
'Kurang bersosialisasi',
Nilai peramah dicari,
Sepertinya sukar ditemui.

Andai sahaja mereka tahu,
Dia juga seperti mereka dahulu,
Sentiasa ingin menjadi nombor satu,
Dilabel 'anak emas' cikgu,
'Gila kuasa' selalu,
Semuanya kisah lalu.

'Oh, sangat negatif puisi ini',
Jika kau tak memahami,
'Sememangnya kau suka menyendiri',
Jika kau tak mampu membaca isi hati,
'Berhenti berkata-kata',
Jika bagimu mudah sahaja.


Dia ingin lari dari masa lalu,
Saat semua menunding jari,
Saat semua melirik mata,
Saat sebahagian tinggal menerimanya,
Saat sebahagian gembira dengannya,
Saat tiada gementar bersamanya,
Saat tiada batas menghalangnya.

Dia ingin berubah,
Jauh dari keegoan,
Jauh dari kealpaan,
Jauh dari kepalsuan,
Jauh dari kesakitan,
Jauh dari kesenangan.


Dia ingin berpesan,
Pandangan pertama tak selamanya benar,
Boleh jadi itu hanya bayangan,
Persepsi tak mampu menghakimi seseorang,
Boleh jadi kamu tersungkur di tengah jalan.

Andai bertemu orang sepertinya,
Sematkan dalam hati dia sedang memerhatikanmu,
Mencari titik keserasian,
Agar segala tindak-tanduknya menyenangkanmu,
Agar hatimu tidak terhiris dengan kata-katanya.
*FitriFie@NFD*
16-10-2013
2351


No comments: