Sunday, July 28, 2013

Peluru Tak Bermata atau Hati Telah Buta?

"Language of peace, freedom & democracy will almost always trump the language of war & bullets. #2013 "
credit to Mohamed Soltan

Banyak perbezaan ketara yang dapat dilihat melalui peristiwa 'Subuh Berdarah' di Medan Raba'ah Adawiyyah dan krisis pencerobohan Lahad Datu..

Jika di Lahad Datu pihak polis dan tentera berjuang mempertahankan keamanan negara, tetapi sebaliknya berlaku di Medan Raba'ah Adawiyyah; merekalah yang menghunus senjata membunuh sesiapa sahaja yang berada di pihak Dr Morsi.. Inikah institusi yang ingin mentadbir negara??

" now. Qaed Ibrahim mosque still under siege. ", credit to Yusuf Abdulbaky

Universiti yang menjadi sanjungan masyarakat dunia kini tidak lagi menjadi tempat yang aman untuk dikunjungi..

"Yang lebih menghairankan, kewujudan pasukan penembak tepat yang berada di atas bangunan Fakulti Dakwah, yang terletak dalam kampus Universiti Al-Azhar di Madinah Nasr. Siapa yang mengizinkan mereka berada di bangunan milik Al-Azhar? Jika pentadbiran Al-Azhar tidak tahu-menahu, sewajarnya terdapat kenyataan rasmi dari pihak Al-Azhar yang mengutuk dan menafikan pembabitan mereka dalam tragedi ini". - Akhukum Abdul Malik


"Blood at Rabaa, many pools like this", credit to Quentin Sommerville.
Di Malaysia, dapatkah kita melihat situasi seperti ini? Ya, dapat; iaitu ketika terjadinya suatu pembunuhan yang seringkali menghiasi dada-dada akhbar dan mendapat beribu-ribu 'share' di alam maya..

Itu baru satu kejadian, di sana beratus-ratus yang meninggal dunia, beribu-ribu yang cedera, masyarakat dunia hanya mampu senyap tanpa tindakan susulan??

"Blood everywhere! Police brutality at its finest. All shots to head, neck or chest!! ", credit to Mohamed Soltan
Bahagian dada dan kepala menjadi sasaran 'penjaga keamanan negara'.  

Kerana apa?

Kerana mereka tahu dua bahagian itu mampu memberikan peluang yang amat besar untuk mangsa menghembuskan nafas terakhir dalam sekelip mata.. 




3 gambar diatas adalah printscreen dari live streaming yang menjadi satu-satunya medium untuk menghubungkan dunia dengan mereka. Hal ini demikian kerana media massa telah di'blackout'kan demi 'menjaga' kegiatan-kegiatan golongan tententu daripada dihidu oleh masyarakat dunia..

Apa yang dapat kita jadikan teladan?

Kita di sini andai musuh datang menyerang, rumah menjadi tempat yang paling selamat buat kita.. Kenapa keselamatan yang kita pertahankan? Kita takut mati..

Mereka di sana, semakin ramai para syuhada yang gugur, semakin bersemangat mereka berkumpul meninggalkan rumah mereka. Kerana apa? Bukan kematian yang mereka takutkan, tetapi bimbang seandainya mereka tidak mampu memelihara kesucian agama dari terus dipermainkan oleh tangan-tangan ghaib yang rakus memporak-perandakan umat Islam untuk kepentingan diri mereka..

" in !! Humanity is being slaughtered today!! ", credit to Mohamed Soltan
Berapa ramaikah dalam kalangan kita yang berlumba-lumba ingin menjadi seperti mereka?

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Wassalam..

No comments: