Saturday, July 27, 2013

Bersyukur


Beruntung anak-anak kecil, remaja, dewasa dan warga emas di negara kita dan negara-negara yang masih mengecapi nikmat keamanan, di kala menanti waktu berbuka puasa, pelbagai jenis juadah terhidang di atas meja atau di bazar ramadhan. Kita cuma perlu bijak memilih antara tuntutan nafsu ataupun keperluan diri..


Di Malaysia amnya, kanak-kanak kecil bebas menyertai ibu bapa mereka ke surau mahupun masjid untuk sama-sama menunaikan solat sunat terawih.. Ada yang sopan berada di samping ayah atau ibu mereka, tak kurang juga yang mengorak langkah membina ukhwah tidak mengira perbezaan bangsa mahupun warna kulit. Tatkala insan lain sedang mengangkat takbir, mereka sibuk mengangkat kaki meneroka kawasan masjid..


Berbeza dengan negara-negara yang mempunyai populasi yang ramai dan kadar kemiskinan yang tinggi, di saat anak-anak kita sedang leka diulit mimpi ataupun bermain peranti canggih, mereka menggunakan masa dan tenaga mereka untuk mencari wang; bukan untuk membeli pakaian raya yang baharu, tetapi untuk memastikan ahli keluarga mereka mempunyai sesuatu untuk dijamah ketika berbuka puasa..


Kanak-kanak di negara kita cukup bertuah, walaupun ada ibu bapa yang aktif dengan parti A, parti B, mahupun parti Z, kesemuanya menyediakan program untuk mendorong kemajuan kanak-kanak.. Semuanya dibahagikan secara adil dan saksama..

Tetapi tidak di negara-negara capitalis..

Kanak-kanaknya terabai; tersisih dari perhatian golongan atasan yang sibuk memberatkan poket mereka..


Ketika bayi keturunan diraja mula mencelikkan mata melihat dunia, berita tentangnya dicanang di setiap muka surat hadapan media massa. Masyarakat di seluruh dunia teruja untuk melihat rupa dan mengetahui namanya sehinggakan mereka terlupa ada yang lebih dahagakan perhatian mereka..

Kita di sini sihat-sihat belaka, bahkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak meningkat saban tahun. Mereka di sana tulang rusuk dapat dilihat dengan jelas tanpa memerlukan khidmat mesin x-ray..


Inilah wajah-wajah mujahid kecil yang telah menempah kebahagiaan di syurgaNYA.. Mereka telah terpilih untuk meninggalkan dunia yang penuh dengan kerakusan insan-insan yang ingin mengejar kesenangan duniawi.. 

Saudara saudari sekalian, jagalah anak-anak kita dengan sebaik mungkin.. Anak-anak adalah permata berharga yang perlu sentiasa digilap agar tidak diselaputi debu-debu dosa yang kelak mampu membinasakan diri mereka dan insan lain..

Bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah kita kecapi selama ini.. Walau bagaimanapun, tugas kita belum berakhir. Mereka yang sedang diselubungi kesusahan itu juga merupakan saudara kita. Bantulah mereka semampu kita.. Jangan biarkan hati membenarkan kita sekadar menyedekahkan sepotong doa andai kita mampu memberikan wang ringgit mahupun pakaian yang melimpah-ruah di almari kita..

Renung-renungkan dan selamat beramal.. =')

*pictures credit to google*

Wassalam..

No comments: