Saturday, July 20, 2013

Rindu & Ceritera Ramadhan


Jujur, den amat merinduinya.. Rindu saat kami mampu bergelak ketawa bersama, menangis bersama, berkongsi perasaan bersama, semua tentang dia den rindu.. Kini laut China Selatan memisahkan kami berdua..

Dia? Siapa? Lelaki? Perempuan?

Seorang muslimah solehah, insyaAllah.. :)

Hampir setahun kami tak bersua muka, tipu lah tak rindu..

Sebagai seorang penasihat tak bertauliah, den selalu bagi idea/jalan penyelesaian yang tak menggembirakan dirinya, walau bagaimanapun, setelah melakukannya antara mahu atau secara tak sengaja, dirinya kelihatan semakin ceria.. Syukur alhamdulillah, segala-galanya dengan bantuan Allah SWT.. =')


Den tak sempurna, malah masih bertatih mencari kesempurnaan demi mengejar kebahagiaan di syurgaNYA.

Den ingin mencari ayat yang sesuai bukan untuk menyatakan kesilapan atau kesalahannya, tetapi sebagai peringatan bersama..

Andai hidup di dunia ini sering dihiasi dengan peringatan ikhlas sesama manusia, insyaAllah perpaduan ummah akan sentiasa terjalin..

Sangat mengharapkan agar dia turut merasakan rindu ini..

Rindu anda wahai sahabat.. =')


Mohon tukar topic.. :)

Hari nie hari pertama den terlajak tido, atau dalam erti kata lain dah azan baru nak acah-acah bangun, ingatkan baru jam 4 pagi, tahu-tahunya dah azan dah, uhuk2..

Perasaan?

Sedih teramat.. Sebab den bukan jenis yang suka skip sahur, seboleh-bolehnya memang akan makan something, bread pun dah cukup baik..

Bila fikir balik, salah sendiri juga.. Balik dari terawih tekak tetiba nak secawan nescafe, memang berjagalah jawabnya sampai jam 3 pagi.. Tapi.. dalam tempoh berjaga tue den ada juga makan bubur, dapat dari masjid, so nak kata langsung tak makan apa-apa, tipu la.. Cuma makan pastu tido tak sama macam makan lepas tue berjaga, lepas tido dah bangun confirm rasa lapar semula, huhu..


Terskip sahur pun dah boleh rasa sedih sangat, apatah lagi yang tak sentuh apa-apa tue kan? Maksud den, mereka hanya berpuasa beralaskan segelas air kosong dan mungkin roti yang dibahagikan sama rata dengan ahli keluarga yang lain.. Malah ada yang tak punya apa-apa..

Nampak macam cerita rekaan kan?


Tak, ini realiti yang mungkin sengaja disembunyikan oleh hati yang terasa berat untuk memberi..


tiba-tiba terasa PAPPPP!
Penampar bayangan hinggap kat muka..

Ada ketikanya terasa nak ketuk kepala kat dinding sebab mempersoalkan kenapa imam nie baca surah-surah panjang, kat tempat lain tak pun..


Bila fikir balik, ada bezanya.. Satu tempat mementingkan kuantiti dan kualiti ibadah yang dikerjakan, satu tempat lagi kuantiti sederhana, kualiti tak mampu den nak nilai, tetapi moreh selalunya lebih meriah.. ='(


Bila terdengar rusuhan/perbalahan yang membabitkan saudara seagama, kita melahirkan rasa simpati tetapi dalam masa yang sama perasaan takut menerpa.. Terluka sedikit pun kita dah mula rasa gelabah dan lari dari masalah, tetapi berbeza dengan saudara kita, semakin kematian menghampiri, semakin mereka terasa kuat bertenaga untuk memperjuangkan Islam..

Kerana apa?

Syahid.. Kita disini bila disebut perkataan tersebut kita akan menunjukkan rasa kagum, tetapi takut untuk menghampirinya.. Saudara kita berebut-rebut mengejarnya..

Tidakkah kita cemburu?

Renung-renungkan.. =')

Wassalam..

No comments: