Saturday, November 9, 2013

Sejauh Mungkin: Repost 'Jujur Jauh Itu Perlu'


Detik demi detik kian berlalu,
Lidah semakin kelu,
Tersilap memilih waktu,
Kata-kata beribu,
Takkan pernah mampu,
Mentafsirkan sejuta isi kalbu,
Jujur jauh itu perlu..

Kompleksnya kata-kata,

Tak akan pernah lama,
Selagi tekad tetap sama,
Selagi itulah impian tetap bergema..


Bila dan di mana,
Mengapa dan siapa,
Itu bukan persoalannya,
Semuanya tetap sama..

Ahh, usah mencipta sebuah cerita,

Cerita yang seandainya sukar diterima,
Mungkin menyulitkan keadaaan sementara,
Biarkan sahaja berakhir dengan tanda tanya..

Puisi itu bukan makananku,

Berguna pabila kubuntu,
Mungkin buat sementara waktu,
Jujur jauh itu perlu..
-NFD@Fitri Fie-


No comments: