Wednesday, November 20, 2013

Andai Riwayat Hidupku Tamat Pada Hari Ini

Andai riwayat hidupku tamat pada hari ini,
Mahukah mereka mengkafankan jenazahku?
Mahukah mereka membantu menguruskan jenazahku dengan sempurna?
Mahukah mereka mengusung jenazahku ke tanah perkuburan?

Andai riwayat hidupku tamat pada hari ini,
Adakah segala kelemahanku akan terungkai?
Adakah segala kekuranganku akan diperkatakan?
Adakah mereka sanggup memaafkanku?

Andai riwayat hidupku tamat pada hari ini,
Tersenyumkah ibuku dengan segala jasaku padanya?
Banggakah ayahku dengan pencapaianku untuknya?
Gembirakah adikku kerana memiliki aku sebagai kakaknya?

Andai riwayat hidupku tamat pada hari ini,
Datangkah para sahabatku menenangkan perasaan keluargaku?
Sudikah mereka menceriakan hati kedua ibu bapaku?
Inginkah mereka menghalalkan segala hutang-piutangku?

Andai riwayat hidupku tamat pada hari ini,
Mahukah para guru mahupun sesiapa yang memberi ilmu padaku menghalalkannya?
Mahukah mereka memaafkanku kerana tak mampu memanfaatkannya dengan sebaiknya?
Mahukah mereka mendoakan kesejahteraanku di alam sana?


Andai riwayat hidupku tamat pada hari ini,
Membantukah laman sosialku dalam manambah pahalaku?
Mahukah mereka mengambil yang baik membuang yang buruk?
Atau adakah buku kiriku semakin memberat?

Andai riwayat hidupku tamat pada hari ini,
Cukupkah segala amal ibadahku?
Cukupkah amalan sunatku menampal kecacatan kewajipanku?
Cukup sempurnakah aku dihadapanNYA?

Andai riwayat hidupku tamat pada hari ini,
Kupohon doa dari mak dan abah yang bersusah payah membesarkanku,
Aku tahu aku bukan anak yang mampu membuatkan mereka sentiasa tersenyum,
Mak, Abah, Redhailah kepergianku,
Halalkan segala yang telah mak abah berikan padaku,
Ampunkan segala dosaku..
*FitriFie@NFD*

20/11/2013; 8.37pm

No comments: