Saturday, May 31, 2014

Nilai Sebuah Pengharapan


Malam ini
Lupakan seketika soal hati
Semangat yang bersembunyi
Mohon segera dicari
Agar tidak mudah lupa diri
 
Imbas kembali
Saat pertama engkau tiba di sini
Siapa di sisi?
Siapa menemani?
Bagaimana kesusahan yang engkau rasai?
Masih mampu mengetuk pintu sanubari?


Jika hilang semangat untuk belajar
Ingat kesusahan yang pernah mengajar
Dari kecil sehingga engkau besar
Mohon sedar
Betapa mereka sabar
Impian mereka tidak pernah bertukar
Hanya sekadar
Melihat engkau menjadi seorang yang terpelajar


Tentu sekali
Mereka tidak mahu engkau mencari
Dan sekadar mempelajari ilmu duniawi
Tetapi juga untuk menguasai
Dan memberatkan bukumu dengan ilmu ukhrawi
Untuk bekalan menuju ke syurga ilahi 

Ingat
Pesanan ibumu
Pesanan ayahmu
Pesanan keluargamu
Andai engkau terlupa
Duduk seketika
Imbas kembali kenangan lama
Andai engkau masih terleka
Basuh jiwa
Bimbang hatimu telah buta
  oleh keseronokan dunia
Yang tidak menjanjikan bahagia
Kepada semua pemujanya
-NFD@FitriFie-


No comments: