Thursday, May 22, 2014

"Sembunyikan Kelemahan"


“Sembunyikan kelemahan
Jangan pernah dedahkan”
Sebuah pesanan
Daripada seorang teman
Yang sentiasa berjalan
Menyusuri kehidupan
Mengubah kesusahan 
Menjadi sebuah kekuatan
Yang menjadi bekalan 
Kehidupan di perantauan

Pelbagai perkara kupelajari
Kuharap proses ini berkekalan setiap hari
Ada kalanya datang sendiri
Ada kalanya perlu dicari
Namun aku perlu sentiasa berdikari
Tanpa mengharapkan semuanya diberi

 
Sahabat
Kuakui dirimu kuat
Walaupun dugaan hidupmu berat
Tetapi lihat
Dirimu kini dipenuhi dengan niat
Untuk menjadi insan yang hebat
Tetapi ingat
Berhati-hati meluahkan pendapat
Pastikan segalanya memberikan manfaat
Ubah kata-kata yang sarat
Dengan kata-kata yang tersirat
Menjadi sebuah nasihat
Agar diingati mereka pada setiap saat

Kutahu ada ketikanya pendapat kita berbeza
Kuakui tidak semua berfikiran serupa
Kuterima segalanya dengan hati terbuka
Jika aku tersilap kata
Betulkan aku meskipun tersentuh rasa
Kerana ia hanya sementara
Tetapi teguran yang bermakna
Akan terus kuguna
Sepanjang masa

-NFD@FitriFie-

No comments: