Ada ketikanya kuselesa begini
Menyembunyikan segala isi hati
Kerana kubimbang ada yang tersalah erti
Mungkin saat itu fikiran kita tidak selari
Dalam mentafsir segala yang terjadi.
Menyembunyikan segala isi hati
Kerana kubimbang ada yang tersalah erti
Mungkin saat itu fikiran kita tidak selari
Dalam mentafsir segala yang terjadi.
Usah diberatkan kata-kata mereka
Yang sentiasa membutakan diri daripada fakta
Yang selayaknya mereka percaya
Namun itulah sifat manusia
Menunding jari kepada si ‘pesalah’
Tanpa mengakui mereka sebenarnya yang bersalah.
Yang sentiasa membutakan diri daripada fakta
Yang selayaknya mereka percaya
Namun itulah sifat manusia
Menunding jari kepada si ‘pesalah’
Tanpa mengakui mereka sebenarnya yang bersalah.
Fantasi kujadikan medan kreativiti
Ilusi kujadikan medium ujikaji
Diksi kujadikan gerak tari naluri
Lantas kukumpul menjadi sebuah puisi
Hamparan luahan sanubari.
-NFD@FitriFie-
No comments:
Post a Comment