Ruang kreativiti semakin sempit; sempit kerana saya mengakui kata-kata seorang teman, blog bukan tempatnya (untuk meluahkan segala rasa). Erk, maaf, blog cik fitri memang tak ikut format penulisan sket.. Ada ke patut buat intro macam tu? Haha.. Maaf, i can't control myself.. ;)
Ya, saya masih menulis; menulis tentang hikayat yang sama tetapi kali ini segalanya tersimpan rapi dalam laptop ni. Sebenarnya idea nak menulis kat blog memang yilek tapi tangan gatal nak menaip, maka tak hairanlah terhasil entry sebegini rupa.
Ok, lebih baik pilih tajuk yang sesuai..
Anak? Zuriat?
Sebagai seorang wanita saya amat berhati-hati apabila berbicara soal anak, zuriat. Mana mungkin seorang wanita terlepas daripada perasaan takut tidak mampu memberikan zuriat kepada suami, lebih-lebih lagi setelah bernikah?
Saya sukakan kanak-kanak, ya, suka tetapi ada batasannya. Ada sesetengah orang yang terlalu sayangkan kanak-kanak sehingga memberikan perhatian yang berlebihan. Kita perlu memberikan mereka kasih sayang yang secukupnya tetapi bukan cara terlalu memanjakan mereka.
Masuk kembali soal zuriat. Saya punya pelbagai koleksi cerita yang ingin saya kongsikan dalam blog ni tetapi biarlah saya petik sedikit input daripada himpunan cerita tersebut.
Zuriat?
Dalam jutaan manusia mengimpikan zuriat, ada yang dengan lantang mengatakan dia tidak menginginkan zuriat, puncanya kerana dia tidak suka akan kanak-kanak. Ajaibnya aturan ilahi, orang yang tak nak ini la dengan mudah diberikan zuriat. Pastinya dalam fikiran kita terbayang nasib zuriatnya, kan? Syukur alhamdulillah, hati manusia ini sifatnya mudah dibentuk. Daripada seorang yang tidak sukakan kanak-kanak, dia menjadi seorang yang penyayang. Jika dahulu dia benci akan tangisan kanak-kanak, kini meskipun terbangun 2-3 pagi, dia tidak pernah mengeluh. Nampak seperti cerita dalam novel, kan? Tak, ini cerita realiti, ya, usah terlalu membenci kerana suatu saat nanti mungkin kita terlalu menyayanginya.
Dalam pada itu saya juga mengenali insan yang lewat dikurniakan cahayamata. 7-8 tahun lamanya, hanya yang kuat mampu bertahan. Ye la, hidup bermasyarakat ni kita tidak akan terlepas daripada soalan-soalan berbisa. Setelah begitu lama menanti, pasangan ini akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil seorang anak angkat yang telah dinafikan haknya. Betapa besarnya kuasa ilahi kerana tidak sampai setahun mereka menjaga anak yang tidak berdosa itu, akhirnya mereka dikejutkan dengan berita si isteri telah mengandung. Kini pasangan itu telah mempunyai empat orang anak. Indah kan aturan ilahi? :')
Bila bercakap tentang anak yang dinafikan haknya, persepsi masyarakat masih di takuk lama, anak ini 'berdosa', anak ini bakal menyusahkan masyarakat. Jangan ikutkan kata hati. Anak ini lahir ke dunia tanpa mengetahui segala-galanya. Jika tidak disisihkan masyarakat dan diberikan didikan yang sempurna, mereka ini sama sahaja tahap dan tarafnya dengan anak-anak yang lain.
Hari ini, esok, dan seterusnya?
Segala keputusan yang kita pilih untuk hari ini mempengaruhi keputusan kita untuk hari-hari yang berikutnya.
No comments:
Post a Comment