Sejak akhir-akhir ni den sedikit tersentuh apabila melihat semakin ramai artis wanita berhijab, bahkan ada yang menjadi jauh lebih berbanding sebelumnya. Ya, perubahan yang baik! =D
Siapa kita untuk menghitung dosa orang lain? Apabila menyentuh tentang dunia hiburan, masyarakat telah lama disajikan dengan kehidupan artis yang penuh dengan kemewahan dan kelalaian. Begitu mudah kita judge orang kan?
Sebenarnya mereka juga seperti kita, sentiasa mencari sinar bahagia melalui kasih sayang ilahi. Mereka cari, jangan kata mereka lupa diri. Mungkin saat ini kita sudah lama berhijab, tetapi belum tentu hati kita, jiwa kita lebih suci berbanding mereka. Contoh paling mudah kita masih tidak meninggalkan sikap jaga tepi kain orang lain, tanpa usul periksa melabel si polan dan si polan berperangai sebegini sebegitu.
Ya, siapa pun mereka, artis ataupun insan biasa, bantu mereka seikhlas hati kita, bimbing mereka untuk berubah. Tugas membimbing bukan terletak di bahu ustazah ustaz sahaja. Sesiapa pun boleh melakukannya. Jangan pula apabila kita kelihatan 'sempurna', kita angkuh dan bergaul dengan insan yang kelihatan seperti kita sahaja.
Jangan. Banyak contoh di hadapan mata kita mereka ini apabila berubah atau dalam erti kata lain kembali kepada suruhan dan tuntutan agama, mereka menjadi jauh lebih baik berbanding kita. Ya, tugas menilai keperibadian seseorang itu sememangnya tidak terletak di bahu kita.
Hidup kita di pentas dunia ini sifatnya sementara. Selagi kita mampu mengaut pahala, teruskan. Minimakan dosa, maksimakan pahala. Matlamat kita semua serupa, inginkan pengakhiran yang sempurna, inginkan kebahagiaan yang selama-lamanya.
InsyaAllah segala urusan kita dipermudahkan, Allahumma Amin.
Teruskan berusaha tanpa kenal erti putus asa. =')
No comments:
Post a Comment