Thursday, April 1, 2010

Walaupun Dia Tak Sempurna Seperti Insan Lain, Dia Tetap KAWAN Saya


Saya ada kawan, kami sebaya, dia seorang lelaki, dia ada kakak, ada abang, ada adik, malangnya dia mempunyai kekurangan yang menyebabkan dia terpaksa berhenti sekolah diawal usia 9 tahun.. Korang bayangkan, 9 tahun dah terpaksa berhenti sekolah? Ok, saya tak sampai hati nak taip kat blog nie tentang kekurangan dirinya, tetapi saya difahamkan disebabkan faktor itu dia terpaksa berhenti sekolah..

Dia tak gila, tidak sama sekali! Dia cuma berperangai seperti budak-budak.. Dia tak pernah kacau orang lain, tetapi sering menjadi mangsa keadaan..

Sejujurnya, cik penulis blog pernah meletakkan kesalahan yang sebenarnya dilakukan oleh dirinya sendiri kepada dia.. Budak-budak tadika, mana lah tahu sangat berfikir.. Erm.. Waktu tu saya sedang bermain dengan rakan-rakan yang lain, tanpa saya sedari, saya terlanggar botol air kawan saya.. Kebetulan dia berada di kawasan kejadian, so, untuk mengelakkan guru tadika memarahi saya, saya lemparkan tuduhan yang tak berasas terhadapnya..

Kononnya dia minat sangat dengan botol tu, dia selalu tengok botol tu dari jauh, dan macam-macam lagi.. Pengakhiran citer, dia kena marah, tapi cikgu tak marah dia sangat sebab cikgu dah tahu kot saya menipu, di mata kawan saya, dia tetap insan yang pecahkan botol air kesayangannya..

Kejam kan? Sampai sekarang saya tak dapat maafkan diri saya sendiri..

Saya ingat lagi, ketika berada di darjah 2, dia bawa 3 ekor anak kucing dalam beg dia.. Waktu tu baru masa pertama, subjek matematik.. Cikgu suruh kami hantar homework, dia sorang je yang tak hantar.. Cikgu tak hairan sangat, cikgu dah tahu tentang dia, so cikgu cuma bagi nasihat untuk jadi lebih rajin.. Belum sempat cikgu memulakan sesi pembelajaran, cikgu suruh dia keluarkan segala isi kandungan dalam beg dia.. Kami yang tak tahu langsung apa sebenarnya yang sedang berlaku cuma mampu curi-curi tengok je, ye la kan, cikgu tu boleh tahan juga garangnya..

"Kamu bawa kucing-kucing nie dari rumah ke??"
"Ya"
"Berapa lama dah kamu simpan dalam beg kamu?"
"Tak tahu"
"Sekarang juga kamu letak kucing-kucing nie kat luar kelas!"
- Kami tengok dia keluarkan satu per satu anak-anak kucing tu dari beg, lepas tu seperti yang diarahkan, dia meletakkan anak-anak kucing tu kat luar kelas -

Seriously, anak-anak kucing tu tak mengeluarkan bunyi, cikgu perasan pun sebab dia ternampak ada benda bergerak kat dalam beg dia.. Tak lama, masa kedua anak-anak kucing tu dah tak bernyawa..



*Maaf untuk ayat-ayat kat atas yang tak tersusun dengan sempurna*

Pagi tadi saya terdengar seseorang bermain alat muzik (lupa pula nama alat muzik tu.. ala, alat muzik yg kena tiup baru keluar bunyi dan ada lebih kurang 7-8 lubang tu)

Saya tengok kat tingkap, saya nampak dia tengah tiup alat muzik tu, tengah tunggu adik dia balik dari sekolah kot..

Mula-mula terganggu la juga dengar bunyi alat muzik tu, ye la kan, sekejap sedap didengar, sekejap macam lari ke laut sket, tapi bila dah tahu dia yang main, saya biarkan je la, bukannya perbuatan dia tu mengganggu kerja seharian saya..

Korang percaya atau tidak, walaupun dia tak sesempurna insan lain, dia tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti seharian insan yang sempurna.. *eh, ayat nie macam berbelit pula..*

Adakalanya dia akan menjual ikan di tepi jalan, erm, hasil tangkapannya sendiri di sungai..

Bila sampai musim buah-buahan pula, dia akan membantu keluarganya menjual buah-buahan..

erm.. motif citer semua nie??

Walaupun dia tak sempurna, tapi dia lebih berguna daripada sesetengah manusia di dunia nie.. At least keluarga dia tak terbeban sangat kerana dia.. Cuba korang bandingkan dia dengan sesetengah manusia yang tak habis-habis menyusahkan keluarga, minta duit keluarga untuk berpoya-poya dengan kawan-kawan mereka, dia lebih sempurna, kan?

Entry TAMAT.

8 comments:

Farhah Athirah 씨 said...

tu ar ko . .
sampai ati ko lemparkn tuduhan ma dia . .
haha . .
mulau ak eh . .
haha . .
ko sowt bha ney . .
tu ar ko taip pun pelik . .

fie92 said...

haiz.. pelik sangat meh? ko ingat ke ngan c jufri? dia la budak yg aku maksudkan.. eh, ko sempat sekolah sebulan dua d mmpgr yek, mustahil ko x ingt lgsung psl dia..

Farhah Athirah 씨 said...

ak tia ingat lgsg owh . .
yg pompuan setengah tiang tu . .
ingat ar ak . .
nma ak xingat , ,
muka kali ar . .
sipi2 . .

fie92 said...

lelaki la.. eh, perempuan? ada meh? yg perempuan x pla aku ingt, huhu..

Farhah Athirah 씨 said...

hashima sumthin nma dia . .
ak pun tia ingat . .
kalo yg lelaki pun ak tia ingat . .
lma uda ak tggl kn tu skul . .
yg ak ingt . .
p bbaris ambik makanan . .
haha . .
plg ak ingat . .

fie92 said...

aik? aku pla yg x ingat pasal dak perempuan tue.. makanan? hahahahaha.. pasal tue pla yang ko ingat yek? haiz, tpi kan, ko mesti tak ingat nie, kadang2 aku x pi ikut kamu berbaris, cgu sofea yg tolong ambilkan makanan untuk aku, muahahaha! aku pun x ingat apsal time tue kta kna bagi makanan, huhu.. tpi time darjah 1 je aku rasa, darjah 2 xda dah~~

Farhah Athirah 씨 said...

tu jak yg ak ingat spnjg ak skul sna . .
n paling ak ingat . .
kna suru antar soto p uma cgu pompuan tu . .
ntah eh . .
lupa gla ak siot . .

fie92 said...

psl tue aku ingat!
cikgu rosmah..
ko kn student kesayangan dia, sbb tue dia suruh ko, hehe~~