Keputusan exam? Urm.. Kurang memuaskan coz tak study betul-betul.. Ye la, sebelum exam xnak masuk kelas, sibuk urus orientasi lower 6, urm, alasan terbaik.. Pertengahan minggu exam tue, boleh pula sibuk pi UMS untuk program SEMEGA..
Kesannya? Result Bm n Sejarah tak memuaskan tetapi saya bersyukur kerana saya berjaya dapat tempat pertama dalam kelas.. ok, tak boleh riak sangat, nanti rezeki ditarik balik.. :)
Aktiviti time cuti?
1st, berkampung di sekolah untuk kem kokurikulum.. Jadi editor yang tak bertauliah.. Buletin hitam putih, haha.. Memang tangkap muat la.. Makan cukup, tidur 2-3 jam, mandi tengah malam, haha.. Melekit punya pasal, nak x nak mesti pi mandi..
2nd, berkampung di kampung.. Fuhh.. Makan tak kenyang, mandi tak senang, tidur tak lena.. Sakit gigi, huhu.. Hari Isnin terus serang 'klinik' apek, turun-temurun, sebelum ada klinik swasta memang semua orang pi tempat dia.. Apek tue pun lemah-lembut je.. If pi klinik yang betul-betul confirm dr tue tak mo cabut.. Lepas cabut gigi terus belasah semua makanan.. 3 jam lepas cabut gigi terus hentam bubur dan ayam masak kurma.. :p
3rd, berkampung di kem kokurikulum Malangang, Kiulu untuk program ... (lupa dah), jadi urusetia.. Memang bekerja keras sampai tak naik flying fox n masuk sungai, huhu.. Kenangan pertama, anjing masuk khemah.. Memang nak sepak terajang anjing tue, pro giler buka zip khemah.. Nasib baik awal perasan, anjing tue cuma ambik plastik makanan my friend, kalau anjing tue bertapa lama-lama kat sana, habis beg baju den buang kat tepi.. Kedua, urm.. Tak pasti tue orang or 'someone', tapi kalau orang memang den respect la kat dia coz jam 3.40 pagi dia boleh berjalan tepi sungai pakai baju putih.. Urm.. Yang penting dia tak ganggu den.. Ketiga.. Urm.. Normal la kan kalau dalam kem ada yang terkena.. Mula-mula dak tue memang bgtau dia rasa lain-lain, kami suruh la dia jangan fikir sangat benda tue, tapi tak juga boleh.. Bayangkan 4 orang angkat dia tetap juga berat, makin lancar den baca apa yang terlintas di fikiran, makin berat den rasa.. Pendek citer dia dapat juga lawan, benda tue pun cuma nak menguji kami.. keempat.. HUJAN time malam.. Kalau diikutkan, dorang boleh je tido kat dalam khemah tue, time den ikut kem ihya ramadhan dlu kat sana, walaupun hujan kami tetap kena suruh tido dalam khemah, tak masuk air pun.. Oleh kerana semua peserta dah takut pakaian basah, so berlarian larr adik-adik kesayangan pi ambik beg, pendek citer, pompuan tido kat dewan terbuka, lelaki tido kat surau.. Jaga dorang sampai 1.40 pagi, ada juga terdengar lain-lain malam tue tapi malas nak layan, so TIDO.. haha.. Takde kawan nak bersms.. Datuk tua yang sebelum nie sibuk nak sms orang pun dah merajuk, nak sms encik kesayangan tue confirm dia kata saya buang tabiat sms dia tgh2 malam, silap hari bulan esoknya dia dah remove saya kat fb, huhu.. ok, pendekkan citer je la.. Kami balik awal, tido sekejap dalam bas dgn pelbagai aroma yang menusuk hidung, haha.. Tipu je.. Ramai yang malas mandi tapi saya tak yek, awal-awal pagi lagi dah serang bilik mandi guru pompuan.. :p
Nak citer tentang apa lagi yek?
Urm.. Cukup larr yek, nak merepek panjang-panjang pun den xtau ada yang nak baca or tak entry nie..
ok, entry TAMAT.
No comments:
Post a Comment