Sunday, April 20, 2014

How I Wish I Could Become a Kid All Over Again..


Zaman kanak-kanak; suatu zaman yang tidak menuntut perhatian anda terhadap sesuatu perkara yang kini menjadi sebahagian daripada tanggungjawab anda. Ketika itu anda bebas menjadi nakal kerana nakal telah turun-temurun menjadi simbolik kepada sifat kanak-kanak. Terjatuh basikal? Tiada siapa yang mengatakan anda terlalu cuai kerana mereka faham anda masih kecil; masih dalam proses pembelajaran.

Credit pictures to greatanin

Saat itu, jatuh bangun anda diperhatikan; sentiasa dibantu. Anda ditatang umpama minyak yang penuh. Segala keperluan anda disediakan. Masa depan anda telah dirancang sebaik sahaja doktor mengesahkan anda berada di dalam kandungan ibu anda.

Betapa bertuahnya anda..

TETAPI kita hampir lupa, dalam keceriaan ibu bapa mendengar esakan tangisan anda ketika baharu sahaja lahir, ada bayi yang kisah hidupnya tidak seindah anda..



Tangisan bayi tepi longkang?

Inilah yang terjadi apabila nilai kemanusian dan keagamaan kian menipis dalam diri seorang manusia. Sejujurnya, bayi ini tidak bersalah. Bawa ke mahkamah apa sekalipun, dia tidak bersalah. Jadi, siapa yang bersalah sekarang? 


Dia ditinggalkan sedemikian rupa pasti ada alasannya juga; alasan yang pada seseorang atau mereka sebagai sesuatu yang 'logik'. Mereka ingin lari dari suatu kesilapan yang mereka sandarkan pada bayi yang tak berdosa ini. Mereka menganggap apabila bayi ini lenyap dari pandangan mereka, maka mereka akan bebas daripada kesalahan yang telah mereka lakukan. 

Tidak kurang juga ada yang menganggap diri tidak mampu memeliharanya lantas meninggalkannya dihurungi semut dengan harapan dia akan diambil oleh seseorang yang lebih baik daripadanya. Kalau ikutkan selama mengandung mesti perasaan sebagai seorang ibu dan ayah wujud tetapi bagi kes-kes seperti ini, sepanjang tempoh itulah mereka rasa terbeban. Ketika ini perasaan bersalah dan menyesal mula timbul; yang tahu mengurus perasaan tu dan mempunyai keluarga yang tidak terus menghukum, mungkin boleh survive, yang sebaliknya itulah penyebab bayi ini dibuang di merata-rata tempat. 

Sungguh, mereka bakal rugi. Meskipun ke mana sahaja anak ini pergi dia mengusung sekali gelaran 'anak luar nikah' ataupun 'anak yang dibuang oleh ibu bapanya', tetapi kita tidak dapat menjangkakan masa depannya. 

Rugilah mereka jika suatu hari nanti anak ini punya kekuatan yang mampu menyelesaikan suatu masalah besar. Rugilah mereka kerana berfikiran terlalu singkat. Pointnya di sini, anak ini tidak berdosa, orang yang meletakkannya dalam kedudukan sekarang perlu menyesali tindakannya.
 
*ini merupakan keratan akhbar 2 tahun lepas* 

Jika kes yang pertama tadi melibatkan kes bayi yang dinafikan haknya, kes ini secara halusnya hampir sama jika dilihat dari sudut pandangan yang berbeza.

Buat ibu bapa yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menjaga anak-anak, mohon jangan jadikan pusat penjagaan kanak-kanak sebagai alternatif utama untuk mengatasi masalah tersebut. Seandainya tiada pilihan lain, selidiki pusat penjagaan yang diyakini selamat secara terperinci. 


Ya, kebanjiran pusat penjagaan kanak-kanak di Malaysia berlaku kerana terdapat permintaan yang tinggi daripada para ibu bapa. Namun, ketelusan pemilik pusat penjagaan kanak-kanak semakin diragui. Beberapa kes yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini bukan sahaja melibatkan kes penderaan kanak-kanak, bahkan terdapat sebilangan daripadanya yang beroperasi tanpa permit dan lesen. Sebilangan besar laporan melibatkan kecuaian para pengasuh. 

"Seharusnya pengasuh diajar tentang ilmu basic First Aid dan CPR, supaya mereka tahu bila keadaan bayi dalam bahaya, agar tidak menyerahkan bayi yang telah meninggal dunia ketika ibunya datang untuk mengambilnya", Dr Zubaidi Hj Ahmad. 

Benar, bukan semua pusat penjagaan dan pengasuh kanak-kanak bermasalah, tetapi telah menjadi tanggungjawab para ibu bapa untuk memastikan anak-anak berada di bawah penjagaan yang rapi dan selamat. 

Beringat sebelum terlambat.
 

Jika dua isu sebelum ini berlaku di negara kita sendiri, isu seterusnya pula berlaku di negara yang sebilangan besarnya didiami oleh saudara kita sendiri; Syria.

Sebagai salah sebuah negara yang mempunyai iklim khatulistiwa, pastinya apabila melihat berita mahupun apa sahaja jenis tayangan di media massa mengenai musim salji,  riak teruja mendahului segala ekspresi yang ada. 

Kenapa? 

Kerana kita merasakan "Mesti best dapat main salji, pakai baju sejuk tebal-tebal" dan mengimpikan dapat buat patung salji itu. 

Itu kita, tetapi apakah sebenarnya perasaan penduduk yang mempunyai 4 musim termasuk musim salji itu

Sebenarnya waktu salji turun ini secara analoginya sama seperti musim banjir atau tengkujuh di malaysia. Apabila salji tebal turun, hal ini menghalang mereka untuk keluar dari rumah dan mendapatkan bekalan makanan. Ya, mereka masih dapat tinggal di rumah sambil memasang unggun api. 

TETAPI cuba kita bayangkan kanak-kanak yang tidak mempunyai rumah untuk berlindung, tak mempunyai keluarga tempat bergantung, apakah perasaan mereka? Bagaimanakah situasi mereka? Mereka berada jauh dari kita tapi jika kita mampu memahaminya, pasti kita merasa dekat dengan mereka dan wujud rasa ingin membantu mereka sekurang-kurangnya meringankan beban mereka pikul. 

Bagaimana nak bantu? 

Saya yakin tabung derma untuk Syria dan negara-negara yang terbabit mudah didapati di kawasan tumpuan awam. 

Hulurkanlah seikhlas hati anda. 

Jangan benarkan diri anda sekadar menadah tangan untuk sepotong doa jika anda mampu memberi bantuan dari segi kewangan, pakaian, dan perkhidmatan. =')

Wassalam. 

No comments: