Tuesday, July 1, 2014

Ceritera 3 Ramadan 1435H


Semangat menulis hari ini boleh tahan tahap membanggakan, haha.. Susah nak jumpa cik fitri post entry 2 kali sehari, diulangi sekali lagi, SUSAH.. Memandangkan kerajinan tu ada, maka kita biarkan sahaja jari jemari menari di atas papan kekunci ni, tetapi kali ini rasanya dengan bahasa yang bersahaja, ponat dah den perah otak pikir ayat-ayat bombastik (n9 celup, erk, anak jati sabah ni).

Seperti biasa, 3 hari ini berlalu kat rumah je la.. Sebelum cuti dulu serius memang dah bayangkan mungkin waktu petang dan malam je den kat rumah, tapi itu hanyalah sekadar perancangan. Balik kampung ayah hari tu pun mak cik pak cik semua memberikan sokongan padu untuk den cari kerja, tetapi mujur isteri pak cik (mak cik den la) kata "kalau aunty bie, aunty duduk rumah saja, penat dah perah otak kat U, rehat-rehat la dulu."

** ehem-ehem.. bie ialah nama manja cik fitri.. ehhh, dah. Tak yah nak sengih bagai, tu nama panggilan warisan turun temurun ye anak-anak sekalian.. Kalau pagi raya or time kenduri-kendara kat kampung ayah, cuba panggil "bie", tiga orang akan menjawab mahupun berpaling secara serentak, haha..**

3 hari ni juga den sibuk dok perati trend upload menu iftar dan sahur kat instagram.. Pergh! Serius teringin nak buat, siap nak buat entry masakan, tapi.. Kerajinan itu belum cukup bajanya lagi, haha.. Tunggu den dah tukar status ya, time tu bubur anak pun den nak selitkan dalam blog ni, haha.. Tunggu dan lihat je la..

Dekat sebulan juga den dok perati jubah-jubah yang kemain comel tu.. Bila dah rupa comel, pasti harganya juga 'comel' dan lebih best, saiz untuk diriku yang comel ini ibarat pisang goreng panas. Hal ini membuktikan bahawasanya bukan diriku seorang sahaja yang comel kat negara tercinta ini, haha..

Gelak kemain banyak.

Banyak perkara yang den rindu sebenarnya. Yang terbaik, rindu yuaieh tercinta la, haha.. Sem lepas pengalaman pertama dan pengalaman yang ada setakat ini berpuasa kat yuaieh. Walaupun tak cukup sebulan (sebab cuti raya awal), tapi cukup berbaloi. Ye la, bila lagi nak merasa puasa time jerebu teruk? Den siap pakai mask kot kat kelas, haha.. Tapi.. Tak kurang juga mampu mengetuk hati pabila sebelum terawih dengar pengunguman solat jenazah akan diadakan, dua kali kalau den tak silap. Pertama kanak-kanak (anak international student) dan seorang lagi international student.

Sebelum menunggu waktu isyak, susah nak jumpa orang yang berkumpul kerana bersembang kosong, pastinya semua sedang memastikan misi khatam al-quran tercapai. Tidak kurang juga yang membawa baby dan anak kecil. Anak-anak ini tidak banyak ragamnya. Tidak dinafikan ada yang seperti baru mendapat kaki, namun pabila diberikan isyarat agar dirinya tidak berlari mengukur kawasan masjid, dia diam. Duduk di tepi dinding memerhatikan ibunya solat. Yang masih bayi meskipun dalam keadaan berjaga, tidak menangis.

Apa yang den pelajari? 

Wahai bakal anak-anak umi, nanti umi bawa anak-anak ke masjid ye, bila besar nanti anak-anak tahu membiasakan diri dengan masjid, gemar mengimarahkan masjid. Ya, umi simpan semua impian ni dulu ya anak-anak, umi nak habiskan study dulu (ayat penyedap hati sebab abi x muncul-muncul lagi, huhu) =')

Sembang banyak andai inputnya kosong pastinya tiada guna juga.

Cedok mana-mana yang baik, mana-mana yang kurang sedap mata memandang, usah segan silu tegur cik fitri, den nak juga improve diri sendiri..

Tu dia, sembang panjang sampai lupa tanggungjawab lain.. Baiklah, kalau den rajin, besar kemungkinan entry ketiga untuk malam ni bakal menyusul kemudian, kalau tiada pun, urm, penat nangis la tu, hoho..

Wassalam..

No comments: