Time balik hari tu saya sempat bawa buku-buku yang saya tak sempat baca, belinya pandai, bacanya malas, hampeh.. Erk, sebenarnya tak la malas sangat, tapi masa agak mencemburui saya. Ye la, meeting sampai tengah malam (kemain produktif), weekend jarang kat bilik sebab join program plus siapkan assignment and project, memang susah la nak berdampingan dengan buku kan.. *Next sem mohon ubah sikap tu fitri*
ehem.. Saya rasa entry ni mungkin panjang.. Mungkin la, hoho..
Malu nak mengaku sebenarnya saya baru selesai baca buku ni. Kompilasi
cerpen daripada tiga orang doktor ni walaupun ada ketikanya dapat ditangkap
kesalahan tatabahasanya tetapi boleh dianggap bahan bacaan yang memuaskan untuk
seorang yang pernah bercita-cita bekerja dalam bidang perubatan, hehe..
Serius, saya sangat suka novel/cerpen/movie yang berkaitan dengan medic..
Kagum apabila tengok kecekapan dan ketangkasan mereka menyelamatkan nyawa
pesakit, yang pasti ia bukan suatu pekerjaan yang mudah.
Apabila selesai membaca sesuatu buku, satu lagi fe'el cik fitri, dia akan
menghadam sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis tersebut.
Sebagai contoh, salah satu cerpen yang mencuri perhatian saya dalam buku
ini ialah 'Pray' karya Dr. Azah. Kisah ini mungkin sedikit sebanyak sama
seperti kisah lain yang pernah saya baca; tentang seorang isteri yang menjaga
suaminya yang kurang sihat dengan penuh kasih sayang, perbezaannya watak
'isteri' dalam cerpen ini mempunyai ilmu dalam bidang perubatan (seorang
doktor).
Begini ceritanya.
Kegembiraan Ayesha dan Jayyid yang mulanya berlepas ke Sydney bersama keluarga mereka untuk bercuti mula terganggu apabila Jayyid mengadu kurang sihat. Dalam cerpen ini anda pasti akan dapat merasakan bagaimana seorang isteri menggunakan 'instinct'nya dalam mengenalpasti punca suaminya kurang sihat. Mujur dengan memberikan ubat-ubatan dan sentiasa memastikan makan minum suaminya terjaga serta tindakan awal membawa suaminya ke hospital sedikit sebanyak menyelamatkan nyawa suaminya.
Pertengahan plot cerpen ini adalah apabila seorang doktor Melayu memberitahu Ayesha untuk berdoa kepada-Nya agar keadaan Jayyid yang mula kritikal sembuh dengan segera. Dengan bantuan-Nya, Jayyid yang mulanya ingin dipindahkan ke wad ICU dibatalkan kerana kondisinya yang mula menunjukkan peningkatan.4000 Australian Dollar bersamaan dengan RM 12 000 ialah kos yang perlu dibayar oleh mereka. Jayyid menunjukkan riak sedih kerana dia telah menyebabkan duit simpanan mereka selama ini habis digunakan untuk membayar kos rawatannya. Walau bagaimanapun, Alesya tersenyum dan mengatakan nyawa suaminya lebih berharga jika dibandingkan dengan nilai tersebut.
Ok, done.. Haha.. Saya memang failed buat sinopsis dan mengulas tentang
sesuatu buku, harapnya kalian faham la ye, kalau tak faham nampak gayanya kena
beli la buku ni, hehe.. Promosi harus ada..
Sebagai seorang yang masih memegang status bujang, saya akui pelbagai
impian yang saya dah simpan jika bertukar status kelak. Seperti seorang anak
yang ingin memberikan segala yang terbaik buat ibu bapanya, begitu juga impian seorang
isteri dan ibu untuk memberikan yang terbaik buat suami dan anak-anaknya. Andai diberikan peluang untuk saya menghuraikan konsep impian, pastinya entry ini akan panjang berjela, erm, mohon baca entry saya sebelum ini ya, saya ada menyentuh tentang harapan.
Setakat ini saya boleh katakan buku ini memuaskan hati saya. Buku yang dibahagikan kepada 3 bahagian yang ditulis oleh tiga doktor yang sememangnya berpengalaman sangat menarik perhatian kita untuk menamatkan pembacaan. Part pertama dimulakan dengan cerpen-cerpen yang berbentuk sinis dan mengajak kita memahami mesej tersirat yang terdapat disebaliknya, Part kedua pula sebagai seorang wanita pastinya saya rasa dekat dengan penulis. Hal ini kerana kelembutan watak utama serta cerita yang berangkai membuatkan kita teruja ingin mengetahui keseluruhan ceritanya, andai dijadikan novel mungkin saya akan beli pada minggu pertama ia berada di pasaran. Last part ini ditulis oleh suami Dr Azah tidak kurang hebatnya juga. Pendek cerita, anda harus mendapatkan buku ini.. Fully recommended by me.. ;)
*Bestnya andai dapat terbitkan buku, lagi best kalau jadi penulis bersama dengan suami sendiri, haha.. Jealous dengan Dr Azah*
No matter what pain you’ve been through, tears will dry, broken hearts will heal, and somewhere a person who truly cares is waiting for you…
1 comment:
As'salam.ad x novel lain yg berkaitan medic yg anda boleh syorkan?
Post a Comment